Benarkah Imam Asy'ari Taubat dari Aqidah Asy'ariyah???

BENARKAH AL-IMAM ABU HASAN
AL-ASY'ARI MELALUI 3 FASE
PEMIKIRAN AQIDAH???
OLEH: ABU ZAHRAH
KhUSUS kepada mereka yang
JUJUR ingin memahami tentang
jawapan daripada dakwaan
golongan Wahhabi mengenai al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
bertaubat dari manhaj yang
disusun oleh beliau sekarang ini.
Kami sediakan artikel ini agar
kekeliruan yang di cetus oleh
golongan Wahhabi ini dapat di
padamkan.
Artikel ini perlu dibaca sehingga
habis, jika tidak
anda tidak akan faham. Baca
perlahan-lahan dan elakkan
membaca dalam keadaan emosi.
Ada artikel yang tersebar di
kalangan sebahagian pakar,
khususnya di kalangan golongan
wahhabi yang mengatakan
bahawa perjalanan pemikiran al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
melalui tiga fasa perkembangan
dalam kehidupan beliau. (Lihat
Mauqif Ibn Taimiyah min al-
Asya`irah, Abd al-Rahman bin
Saleh al-Mahmud(1995), Maktabah
al-Rusyd,Riyadh,hal. 378.)
Pertama: Fasa ketika al Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari mengikuti
fahaman Muktazilah dan menjadi
salah satu tokoh Muktazilah
hingga berusia 40 tahun.
Kedua: Fasa di mana al Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari keluar dari
aliran Muktazilah dan merintis
mazhab pemikiran teologis (ilmu
akidah) dengan mengikuti mazhab
Ibn Kullab.
Ketiga: Fasa di mana al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari keluar
daripada mazhab yang dirintisnya
iaitu mengikuti mazhab Ibn Kullab
dan kembali kepada Ahl al-Sunnah
Wa al Jama`ah yang mengikut
manhaj Salaf al-Salih dengan
mengarang sebuah kitab yang
berjudul al Ibanah `an Usul al-
Diyanah.
Berdasarkan hal ini,golongan
Wahhabi membuat kesimpulan
bahawa mazhab al-Asy`ari yang
berkembang dan diikuti oleh
majoriti kaum muslimin hingga
dewasa ini adalah pemikiran al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
pada fasa kedua iaitu mengikuti
mazhab Ibn Kullab yang bukan
daripada fahaman Ahl al-Sunnah
Wa al-Jama`ah dan telah dibuang
oleh al-Imam al-Asy`ari, dengan
kitab terakhir yang ditulis oleh al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
iaitu al-Ibanah `an Usul al-
Diyanah.
Oleh yang demikian, mazhab al-
Asy`ari yang ada sekarang
sebenarnya mengikuti mazhab Ibn
Kullab yang bukan daripada
fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-
Jama`ah dan tidak mengikuti
mazhab al-Asy`ari dalam fasa
ketiga yang asli iaitu Ahl al-
Sunnah
Wa al-Jama`ah.
Inilah kenyataan daripada artikel
yang direka oleh
golongan Wahhabi/Salafi
dakwaan dan disebar secara
menyeluruh oleh mereka pada
dewasa ini.
Oleh itu, artikel yang dibuat oleh
golongan Wahhabi ini sudah tentu
mempunyai banyak pendustaan
mengenai fakta sejarah dan fakta
ilmiah.
Sebelum kita mengkaji artikel di
atas satu persatu, ada baiknya
kita
memperincikan terlebih dahulu
makna yang tersembunyi (hidden
meaning) di sebalik artikel itu.
Apabila hal tersebut dikaji, ada
tiga makna yang tersembunyi di
balik artikel tersebut.
Pertama: Perkembangan
pemikiran al-Imam Abu al-Hassan
al-Asy`ari melalui tiga fasa di
dalam kehidupannya, iaitu
Muktazilah, mengikuti mazhab Ibn
Kullab dan terakhir sekali, beliau
kembali kepada ajaran Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah. Ini adalah
artikel pokok yang
dipropagandakan oleh golongan
Wahhabi. Artikel ini
menyembunyikan dua artikel
disebaliknya.
Kedua: Abdullah bin Sa`id bin
Kullab bukan pengikut Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah.
Ketiga: Kitab al-Ibanah `an Usul
al- Diyanah merupakan fasa
terakhir dalam kehidupan al-Imam
Abu al-
Hassan al-Asy`ari iaitu fasa
kembalinya al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari kepangkuan
ajaran Salaf al-Salih atau Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah.
SANGGAHAN/BANTAHAN
Pertama, Pemikiran al Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga
fasa?
Benarkah pemikiran al-Imam Abu
Hassan al-Asy`ari melaui tiga
peringkat perkembangan di dalam
kehidupannya?
Untuk menjawab pertanyaan ini,
kita harus mengamati dan
mengkaji sejarah kehidupan al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
yang ditulis oleh para alim
ulama’.
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
merupakan salah seorang tokoh
kaum Muslimin yang sangat
masyhur dan mempunyai fakta
yang jelas. Beliau bukan tokoh
kontroversial dan bukan tokoh
yang misteri iaitu perjalanan
hidupnya tidak diketahui orang,
lebih-lebih lagi berkaitan dengan
hal yang amat penting seperti
yang kita bicarakan ini.
Seandainya kehidupan al-Imam
Abu al-Hassan al-Asy`ari seperti
kenyataan dalam artikel yang di
reka oleh Wahhabi/Salafi
Gadungan itu, menyatakan
bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari melalui tiga fasa
perkembangan pemikiran, maka
sudah tentu para sejarawan akan
menyatakannya dan
menjelaskannya di dalam buku-
buku sejarah. Maklumat mengenai
ini juga sudah pasti akan masyhur
dan tersebar luas sebagaimana
fakta sejarah hanya menyatakan
bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari hanya bertaubat dan
meninggalkan fahaman
Muktazilah sahaja.
Semua sejarawan yang menulis
biografi al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari hanya menyatakan kisah
naiknya al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari ke atas mimbar di masjid
Jami`Kota Basrah dan berpidato
dengan menyatakan bahawa
beliau telah keluar daripada
fahaman Muktazilah.
Di sini kita bertanya, adakah
sejarawan yang menyatakan kisah
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
keluar dari fahaman pemikiran
Abdullah bin Sa`id bin Kullab?
Sudah tentu jawapannya, tidak
ada.
Apabila kita menelaah atau
meneliti buku-buku sejarah, kita
tidak akan mendapatkan fakta
atau maklumat yang mengatakan
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
bertaubat dari ajaran Ibn Kullab
baik secara jelas mahupun samar.
Oleh itu, maklumat atau fakta
yang kita dapati ialah
kesepakatan para sejarawan
bahawa setelah al-Imam Abu
Hassan al-Asy`ari bertaubat
daripada fahaman Muktazilah,
beliau kembali kepada ajaran Salaf
al-Salih seperti kitab al- Ibanah
dan lain-lain yang ditulisnya
dalam rangka membela mazhab
Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Al-Imam Abu Bakr bin Furak
berkata: "Syaikh Abu al-Hassan Ali
bin Ismail al-Asy`ari
radiyallahu`anhu
berpindah daripada mazhab
Muktazilah kepada mazhab Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah dan
membelanya dengan hujjah-hujjah
rasional dan menulis karangan-
karangan dalam hal
tersebut…" (Tabyin Kidzb al-
Muftari, al-Hafiz Ibn Asakir (1347
H)
tahqiq Muhammad Zahid al-
Kautsari, Maktabah al-Azhariyyah
li at-Turats, cet.1, 1420H, hal 104)
Sejarawan terkemuka, al-Imam
Syamsuddin Ibn Khallikan berkata:
"Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah
perintis pokok-pokok akidah dan
berupaya membela mazhab Ahl al-
Sunnah. Pada mulanya Abu al-
Hassan adalah seorang
Muktazilah, kemudian beliau
bertaubat dari pandangan
tentang keadilan Tuhan dan
kemakhlukan al-Quran di masjid
Jami` Kota Basrah pada hari
Jumaat". (Wafayat al -A’yan, al-
Imam Ibn Khallikan, Dar
Shadir,Beirut, ed. Ihsan Abbas, juz
3, hal. 284)
Sejarawan al-Hafiz al-Zahabi
berkata: "Kami mendapat
informasi bahawa Abu al-Hassan
al-Asy`ari bertaubat dari fahaman
Muktazilah dan naik ke mimbar di
Masjid Jami’ Kota Basrah dengan
berkata :Dulu aku berpendapat
bahawa al-Quran itu makhluk
dan… Sekarang aku bertaubat dan
bermaksud membantah terhadap
fahaman Muktazilah".
(Syiar A`lam al-Nubala, al-Hafidz
al- Zahabi,Muassasah al-Risalah,
Beirut, ed. Syuaib al-Arnauth,
1994, hal. 89)
Sejarawan terkemuka, Ibn
Khaldun berkata: "Hingga
akhirnya tampil Syaikh Abu al-
Hassan al- Asy`ari dan berdebat
dengan Sebahagian tokoh
Muktazilah tentang masalah-
masalah shalah
dan aslah, lalu dia membantah
metodologi mereka (Muktazilah)
dan mengikut pendapat Abdullah
bin Said bin Kullab, Abu al-Abbas
al-Qalanisi dan al-Harith al-
Muhasibi daripada kalangan
pengikut Salaf dan Ahl al-Sunnah".
(Ibn Khaldum (2001), al-
Muqaddimah, Dar al-Fikr, Beirut,
ed. Khalil Syahadah, h. 853)
Fakta yang dikemukakan oleh Ibn
Khaldum tersebut menyimpulkan
bahawa setelah al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari keluar daripada
fahaman Muktazilah, beliau
mengikuti mazhab Abdullah bin
Sa`id bin Kullab, al-Qalanisi dan al-
Muhasibi yang merupakan
pengikut ulama’ Salaf dan Ahl
al- Sunnah Wa al Jama`ah.
Demikian juga, maklumat atau
fakta sejarah yang dinyatakan di
dalam buku-buku sejarah yang
menulis biografi al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari seperti Tarikh
Baghdad karya al-Hafiz al-Khatib
al-Baghdadi, Tabaqat al-
Syafi`iyyah al-Kubra karya al-
Subki, Syadzarat al-Dzahab karya
Ibn al-Imad al-Hanbali, al-Kamil fi
al-Tarikh karya Ibn al-Atsir, Tabyin
Kizb al-Muftari karya al-Hafiz Ibn
Asakir, Tartib al-Madarik karya al-
Hafiz al-Qadhi Iyadh, Tabaqat al-
Syafi`iyyah karya al-Asnawi, al-
Dibaj al-Muadzahhab karya Ibn
Farhun, Mir`at al-Janan karya al-
Yafi`I dan lain-lain, semunya
sepakat bahawa setelah al-Imam
Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar
dari fahaman Muktazilah, beliau
kembali kepada mazhab Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah yang
mengikut metodologi Salaf.
Disamping itu, seandainya al-
Imam Abu Hassan al-Asy`ari ini
melalui tiga peringkat aliran
pemikiran, maka sudah tentu hal
tersebut akan diketahui dan
dikutip oleh murid-murid dan para
pengikutnya kerana mereka
semua adalah orang yang paling
dekat dengan al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari dan orang yang
melakukan kajian tentang
pemikiran dan sejarah perjalanan
hidupnya. Oleh itu sudah
semestinya mereka akan lebih
mengetahui daripada orang lain
yang bukan pengikutnya, lebih-
lebih lagi melibatkan tokoh besar
iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari yang pasti menjadi buah
mulut pelajar dan para alim
ulama’. Oleh itu jelaslah, bahawa
ternyata selepas kita merujuk
kepada kenyataan murid-murid
dan para pengikut al-Imam Abu
al-
Hassan al-Asy`ari, kita tidak akan
menemui fakta sejarah yang
menyatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan telah melalui tiga fasa
pemikiran yang di dakwa oleh
golongan Wahhabi/Salafi
Gadungan.
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
dan para pengikutnya bersepakat
bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari telah meninggalkan
fahaman Muktazilah dan beliau
berpindah kepada Ahl al-Sunnah
Wa al-Jama`ah seperti yang diikuti
oleh al-Harith al-Muhasibi, Ibn
Kullab, al-Qalanisi, al-Karabisi
dan lain-lain.
Apabila kita mengkaji karya-karya
para alim ulama’ yang mengikut
dan pendukung mazhab al-Asy`ari
seperti karya-karya yang dikarang
oleh al-Qadhi Abu Bakar al-
Baqillani, al-Syaikh Abu Bakr bin
Furak, Abu Bakr al-Qaffal al-Syasyi,
Abu Ishaq al-Syirazi, al-Hafiz al-
Baihaqi dan lain-lain. Kita semua
tidak akan menemukan satu fakta
pun yang menyatakan bahawa al-
Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari meninggalkan mazhab
yang dihidupkan kembali olehnya
iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah,
sehingga tidak rasional apabila
golongan Wahhabi/ Salafi
dakwaan mengatakan al-Imam
Abu al- Hassan al-Asy`ari telah
meninggalkan mazhabnya tanpa
diketahui oleh para murid-
muridnya dan pendukungnya.
Ini adalah kenyataan yang tidak
masuk akal dan dusta sama sekali
yang jauh dari kebenaran.
Golongan Wahhabi/Salafi
dakwaan ini menyatakan bahawa
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
meninggalkan mazhab yang
dirintiskan olehnya bersandarkan
metodologi al-Imam Abu al-
Hassan
al-Asy`ari di dalam kitabnya al-
Ibanah `an Usul al-Diyanah dan
sebahagian kitab-kitab lainnya
yang mengikuti metodologi
tafwidh berkaitan sifat-sifat Allah
di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Metodologi tafwidh ini adalah
metodologi majoriti ulama’-
ulama’ Salaf al-Salih.
Berdasarkan hal ini, al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari
dianggap menyalahi atau
meninggalkan metodologi Ibn
Kullab yang tidak mengikuti
metodologi salaf sebagaimana
yang di dakwa oleh golongan
Wahhabi ini.
Dari sini lahirlah sebuah
pertanyaan, apakah isi kitab al-
Ibanah yang di dakwa sebagai
mazhab Salaf bertentangan
dengan metodologi Ibn Kullab,
atau dengan kata lain, adakah Ibn
Kullab bukan pengikut mazhab
Salaf seperti yang ditulis oleh al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari di
dalam kitab al-Ibanah???
Pertanyaan di atas membawa
kepada kita untuk mengkaji
kenyataan berikutnya.
KEDUA, IBN KULLAB BUKAN
ULAMA’ SALAF DAN AHL AL-
SUNNAH WA AL- JAMA`AH???
Setelah al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari meninggalkan fahaman
Muktazilah, dia mengikuti
metodologi Abdullah bin Sa`id bin
Kullab al-Qaththan al-Tamimi.
Artikel tersebut telah menjadi
kesepakatan bagi kita dengan
kelompok yang mengatakan
bahawa pemikiran al-Imam Abu
al-
Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa
tetapi mereka berbeza dengan
kita, kerana kita mengatakan
bahawa metodologi Ibn Kullab
sebenarnya sama dengan
metodologi Salaf, kerana Ibn
Kullab sendiri termasuk dalam
kalangan tokoh ulama’ Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah yang
mengikuti metodologi Salaf. Hal ini
boleh dilihat dengan
memperhatikan pernyataan para
pakar berikut ini.
Al-Imam Tajuddin al-Subki telah
berkata: Bagaimanapun Ibn Kullab
termasuk Ahl al Sunnah… Aku
melihat al-Imam Dhiyauddin al-
Khatib, ayah al-Imam Fakhruddin
al-Razi, menyebutkan Abdullah bin
Said bin Kullab di dalam akhir
kitabnya Ghayat al-Maram fi `Ilm
al-Kalam, berkata: Di antara
teologi Ahl al-Sunnah pada masa
khalifah al-Makmun adalah
Abdullah bin Said al-Tamimi yang
telah mengalahkan Muktazilah di
dalam majlis al-Makmun dan
memalukan mereka dengan
hujjah-hujjahnya (Al-Subki(t.t),
Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra,
Dar Ihya’ al-Kutub, Beirut, ed
Abdul Fattah Muhammad dan
Mahmud
al-Tanahi, juz 2, hal. 300)
Al-Hafiz Ibn Asakir al Dimasyqi
telah berkata: Aku pernah
membaca tulisan Ali ibn Baqa’
al- Warraq, ahli hadith dari Mesir,
berupa risalah yang ditulis oleh
Abu Muhammad Abdullah ibn Abi
Zaid al-Qairawani, seorang ahli
fiqih mazhab al-Maliki. Dia adalah
seorang tokoh terkemuka mazhab
al-Imam Malik di Maghrib
(Moroko pen) pada zamannya.
Risalah itu ditujukan kepada Ali
ibn Ahmad ibn Ismail al-Baghdadi
al- Muktazili sebagai jawapan
terhadap risalah yang ditulisnya
kepada kalangan pengikut
mazhab Maliki di Qairawan kerana
telah memasukkan pandangan-
pandangan Muktazilah. Risalah
tersebut sangat panjang sekali,
dan sebahagian jawapan yang
ditulis oleh Ibn Abi Zaid kepada ali
bin Ahmad adalah sepertimana
berikut: Engkau telah
menisbahkan Ibn Kullab kepada
bid`ah, padahal engkau tidak
pernah menceritakan suatu
pendapat dari Ibn Kullab yang
membuktikan dia memang layak
disebut ahli bid`ah. Dan kami
samasekali tidak mengetahui
adanya orang (ulama’- pen)
yang
menisbahkan Ibn Kullab kepada
bid`ah. Justeru maklumat yang
kami terima, Ibn Kullab adalah
pengikut sunnah (ahl al-Sunnah
pen) yang melakukan bantahan
terhadap Jahmiyyah dan pengikut
ahli bid`ah lainnya, dia adalah
Abdullah ibn Sa’id ibn Kullab (al-
Qaththan, wafat 240H pen).
(Tabyin Kidzb al-Muftari oleh al-
Hafiz Ibn Asakir (1347 H) tahqiq
Muhammad Zahid al-
Kautsari,Maktabah al-Azhariyyah li
at- Turats, cet.1, 1420 H, hal 298
299))
Data sejarah yang disampaikan
oleh al-Hafiz Ibn Asakir di atas
memuatkan kesaksian yang
sangat penting dari ulama’
sekaliber al-Imam Ibn Abi Zaid al-
Qairawani terhadap Ibn
Kullab,bahawa ia termasuk
pengikut Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan
bukan pengikut ahli bid`ah.
Al-Hafiz al-Dzahabi telah berkata:
Ibn Kullab adalah seorang tokoh
ahli kalam (teologi - ilmu
berkenaan dengan ketuhanan)
daerah Bashrah pada zamannya
Selanjutnya al-Dzahabi berkata:
Ibn Kullab adalah ahli kalam yang
paling dekat kepada Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah bahkan ia
adalah
juru debat mereka (terhadap
Mu’tazilah pen). Ia mempunyai
karya diantaranya al-Shifat, Khalq
al-Af’al dan al-Radd ala al-
Mu’tazilah. (Lihat Siyar A’lam
al- Nubala, Maktabah al-Shafa,
cet.1, 1424 H, juz 7, hal 453)
Di dalam kitab Siyar A’lam an-
Nubala yang ditahqiqkan oleh
Syeikh Syuaib al-Arnauth,
pernyataan al-Dzahabi tersebut
dipertegas oleh al-Syeikh Syuaib
al-Arnauth dengan komentarnya
mengatakan: Ibn Kullab adalah
pemimpin dan rujukan Ahl al-
Sunnah pada masanya. Al-Imam
al-Haramain menyebutkan di
dalam kitabnya al-Irsyad bahawa
dia termasuk sahabat kami
(mazhab al-Asy`ari). (Siyar A’lam
an-Nubala cetakan Muassasah al-
Risalah (1994), Beirut, ed. Syuaib
al-Arnauth, juz 11, hal. 175)
Demikian pula al-Hafiz Ibn Hajar
al- `Asqalani menyatakan bahawa
Ibn
Kullab sebagai pengikut Salaf
dalam hal meninggalkan takwil
terhadap ayat-ayat dan hadith-
hadith mutasyabihat yang
berkaitan dengan sifat Allah.
Mereka juga disebut dengan
golongan mufawwidhah (yang
melakukan tafwidh).(Ibn Hajar al-
`Asqalani (t.t.), Lisan al-Mizan, Dar,
al-Fikr, Beirut, juz 3, hal. 291)
Dari paparan di atas dapatlah
disimpulkan bahawa al-Imam Ibn
Kullab termasuk dalam kalangan
ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-
Jama`ah dan konsisten dengan
metodologi Salaf al-Salih dalam
pokok-pokok akidah dan
keimanan. Mazhabnya menjadi
inspirasi al-Imam Abu al-Hassan
al-Asy`ari (perintis mazhab al-
Asy`ari).
Di sini mungkin ada yang bertanya
apakah metodologi Ibn Kullah
hanya diikuti oleh al-Imam al-
Asy`ari ?
Jawapannya adalah tidak.
Metodologi Ibn Kullab tidak hanya
diikuti oleh al-Imam Abu al-Hassan
al-Asy`ari sahaja, akan tetapi
diikuti juga oleh ulama’ besar
seperti al-Imam al-Bukhari iaitu
pengarang Sahih al-Bukhari, kitab
hadith yang menduduki peringkat
terbaik dalam segi kesahihannya.
Dala konteks ini, al-Hafiz Ibn Hajar
al-`Asqalani telah berkata:
"Al-Bukhari dalam semua yang
disajikannya berkaitan dengan
penafsiran lafaz-lafaz yang gharib
(aneh), mengutipnya dari pakar-
pakar bidang tersebut
seperti Abu Ubaidah, al-Nahzar bin
Syumail, al-Farra’ dan lain-lain.
Adapun kajian-kajian fiqh,
sebahagian besar diambilnya dari
al-Syafi`e, Abu Ubaid dan
semuanya. Sedangkan
permasalahan-permasalahan
teologi (ilmu kalam), sebahagian
besar diambilnya dari al-Karrabisi,
Ibn Kullab dan sesamanya". (Ibn
Hajar al-`Asqalani(t.t), Syarh Sahih
al-Bukhari, Salafiyyah, Cairo, juz 1,
hal. 293)
Pernyataan al-Hafiz Ibn Hajar al-
`Asqalani tersebut menyimpulkan
bahawa al-Imam Abdullah bin Said
bin Kullab adalah Ahl al-Sunnah
Wa al-Jama`ah yang mengikuti
metodologi ulama’ Salaf, oleh
kerana itu dia juga diikuti oleh al-
Imam al-Bukhari, Abu al-Hassan
al- Asy`ari dan lain-lain.
Di sini mungkin ada yang
bertanya, apabila Ibn Kullab
termasuk salah seorang tokoh
ulama’ Salaf dan mengikuti Ahl
al- Sunnah Wa al-Jama`ah, beliau
(Ibn Kullab) juga diikuti oleh
banyak ulama’ seperti al-Imam
al-Bukhari dan lain-lain, lalu
mengapa Ibn Kullab dituduh
menyimpang dari metodologi
Salaf atau Ahl al- Sunnah Wa al-
Jama`ah?
Hal tersebut sebenarnya datang
daripada satu persoalan, iaitu
tentang pendapat apakah bacaan
seseorang terhadap al-Quran
termasuk makhluk atau tidak. Al-
Imam Ahmad bin Hanbal dan
pengikutnya berpandangan untuk
tidak menetapkan apakah bacaan
seseorang terhadap al-Quran itu
makhluk atau bukan. Menurut al-
Imam Ahmad bin
Hanbal,pandangan bahawa
bacaan seseorang terhadap al-
Quran
termasuk makhluk adalah bid`ah.
Sementara al-Karabisi, Ibn Kullab,
al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-Bukhari,
Muslim dan lain-lain
berpandangan
tegas, bahawa bacaan seseorang
terhadap al-Quran adalah
makhluk. Berangkat dari
perbezaan pandangan tersebut
akhirnya kelompok al-Imam
Ahmad bin Hanbal menganggap
kelompok Ibn Kullab termasuk ahli
bid`ah, meskipun sebenarnya
kebenaran dalam hal tersebut
berada di pihak Ibn Kullab dan
kelompoknya.
Dalam konteks ini al-Hafiz al-
Zahabi telah berkata:
"Tidak diragukan lagi bahawa
pandangan yang dibuat dan
ditegaskan oleh al-Karabisi
tentang masalah pelafazan al-
Quran (oleh pembacanya) dan
bahawa hal itu adalah makhluk,
adalah pendapat yang benar.
Akan tetapi al-Imam Ahmad
enggan membicarakannya kerana
khuatir membawa kepada
pandangan kemakhlukan al-
Quran. Sehingga al-Imam Ahmad
lebih cenderung
menutup pintu tersebut rapat-
rapat". (Al-Dzahabi (1994), Siyar
A`lam al-Nubala, Muassasah al-
Risalah, Beirut, ed, Syuaib al-
Arnauth, juz 12, hal. 82 dan juga
juz 11, hal. 510)
Dari paparan di atas dapat
disimpulkan bahawa Ibn Kullab
bukanlah ulama’ yang
menyimpang dari metodologi
Salaf yang mengikuti fahaman Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah,
sehingga mazhabnya juga diikuti
oleh al-Imam al Bukhari, al-Asy`ari
dan lain-lain. Sekarang apabila
demikian, dari mana asal-usul
pendapat bahawa al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari telah
meninggalkan mazhab dan
pendapat-pendapatnya yang
mengikuti Ibn Kullab?
Pertanyaan ini mengajak kita
untuk mengkaji artikel yang
terakhir berikut ini.
KETIGA, KITAB AL-IBANAH AN USUL
AL-DIYANAH
Kitab al-Ibanah `an Usul al-
Diyanah di dakwa sebagai hujjah
bagi golongan yang mengatakan
bahawa pemikiran al-Imam Abu
al-
Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa
perkembangan di dalam
kehidupannya. Memang harus
diakui, bahawa al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari di dalam kitab
al-Ibanah dan sebahagian kitab-
kitab yang lain juga dinisbahkan
terhadapnya mengikuti
metodologi yang berbeza dengan
kitab-kitab yang pernah dikarang
olehnya. Di dalam kitab al-Ibanah,
al-Imam Abu al-Hassan al Asy`ari
mengikuti metodologi tafwidh
yang diikuti oleh majoriti ulama’
Salaf berkaitan dengan ayat-ayat
mutasyabihat. Berdasarkan hal ini,
sebahagian golongan
memahami bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari sebenarnya
telah meninggalkan mazhabnya
yang kedua iaitu mazhab Ibn
Kullab, dan kini beralih kepada
metodologi Salaf.
Di atas telah kami paparkan,
bahawa Ibn Kullab bukanlah ahli
agama yang menyalahi ulama’
Salaf. Bahkan dia termasuk dalam
kalangan ulama’ Salaf dan
konsisten mengikuti metodologi
tafwidh sebagaimana yang
dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar
al-`Asqalani di dalam kitabnya
Lisan al-Mizan. Paparan di atas
sebenarnya telah cukup untuk
membatalkan dakwaan yang
mengatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari meninggalkan
metodologi Ibn Kullab dan
berpindah ke metodologi Salaf,
kerana Ibn Kullab sendiri
termasuk dalam kalangan
ulama’ Salaf yang konsisten
dengan metodologi Salaf.
Oleh itu, bagaimana dengan kitab
al-Ibanah yang menjadi dasar
kepada kelompok yang
mengatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari telah
meninggalkan pendapatnya yang
mengikuti Ibn Kullab?
Di sini, dapatlah kita ketahui
bahawa kitab al-Ibanah yang asli
telah membatalkan kenyataan
golongan Wahhabi yang
mengatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari telah
meninggalkan pendapatnya yang
mengikuti Ibn Kullab, kerana kitab
al-Ibanah di tulis untuk mengikuti
metodologi Ibn Kullab, sehingga
tidak mungkin dakwaan yang
mengatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari telah
meninggalkan pendapat tersebut.
Ada beberapa fakta sejarah yang
mengatakan bahawa al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari menulis kitab
al-Ibanah dengan mengikut
metodologi Ibn Kullab,kenyataan
ini disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar
al-`Asqalani di dalam kitabnya
Lisan al-Mizan iaitu:
"Metodologi Ibn Kullab diikuti oleh
al-Asy`ari di dalam kitab al-
Ibanah". (Ibn Hajar al-`Asqalani
(t.t.),Lisan al-Mizan, Dar, al-Fikr,
Beirut,
juz 3, hal. 291)
Pernayataan al-Hafiz Ibn Hajar al-
`Asqalani ini menambah
keyakinan
kita bahawa Ibn Kullab konsisten
dengan metodologi Salaf al-Salih
dan termasuk ulama’ mereka,
kerana kitab al-Ibanah yang
dikarang oleh al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari pada akhir
hayatnya dan mengikuti
metodologi Salaf, juga mengikuti
metodologi Ibn Kullab.
Hal ini membawa kepada
kesimpulan bahawa metodologi
Salaf dan
metodologi Ibn Kullab ADALAH
SAMA, dan itulah yang diikuti oleh
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
setelah keluar dari Muktazilah.
Dengan demikian, kenyataan al-
Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani
tersebut juga telah membatalkan
dakwaan golongan Wahhabi
melalui kenyataan mereka yang
mengatakan bahawa pemikiran
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
mengalami tiga fasa
perkembangan. Bahkan
kenyataan tersebut dapat
menguatkan lagi kenyataan yang
menyatakan bahawa pemikiran al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
hanya mengalami dua fasa
perkembangan sahaja iaitu fasa
ketika mengikuti fahaman
Muktazilah dan fasa kembalinya
al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
kepada metodologi Ahl al-Sunnah
Wa al-Jama`ah yang sebenar
sebagaimana yang diikuti oleh Ibn
Kullab, al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-
Karabisi, al-Bukhari, Muslim, Abu
Tsaur, al-Tabari dan lain-lain.
Dalam fasa kedua ini al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari mengarang
kitab al-Ibanah.
Dalil lain yang menguatkan lagi
bahawa kitab al-Ibanah yang
dikarang oleh al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari sesuai dengan
mengikut metodologi Ibn Kullab
adalah fakta sejarah, kerana al-
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
pernah menunjukkan kitab al-
Ibanah tersebut kepada
sebahagian ulama’ Hanabilah di
Baghdad yang sangat menitik
beratkan tentang fakta, mereka
telah menolak kitab al-Ibanah
tersebut kerana tidak setuju
terhadap metodologi al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari. Di dalam hal
ini, al-Hafiz al-Zahabi telah
berkata:
"Ketika al-Asy`ari datang ke
Baghdad, dia mendatangi Abu
Muhammad al Barbahari (ketua
mazhab Hanbali) dan berkata :
Aku
telah membantah al Jubba’i. Aku
telah membantah Majusi. Aku
telah membantah Kristian. Abu
Muhammad menjawab, Aku tidak
mengerti maksud perkataanmu
dan aku tidak mengenal kecuali
apa yang dikatakan oleh al-Imam
Ahmad. Kemudian al-Asy`ari pergi
dan menulis kitab al-Ibanah.
Ternyata al-Barbahari tetap tidak
menerima al-Asy`ari". (Al-Dzahabi
(1994), Siyar A`lam al-Nubala,
Muassasah al-Risalah, Beirut,
ed,Syuaib al-Arnauth, juz 12, hal.
82
dan juga juz 15, hal. 90 dan
Cetakan Maktabah al-Shafâ,
cet.1, 1424H, vol.9, hal.372; Ibn Abi
Ya’la al-Farra’(t.t.) Tabaqat al-
Hanabilah, Salafiyyah, Cairo, ed.
Hamid al-Faqi, juz 2, hal. 18)
Fakta sejarah di atas
menyimpulkan, bahawa al-
Barbahari mewakili kelompok
Hanabilah tidak menerima konsep
yang ditawarkan oleh al-Imam
Abu al-Hassan al-Asy`ari.
Kemudian al- Imam Abu al-Hassan
al-Asy`ari menulis kitab al-Ibanah
dan diajukan kepada al-Barbahari,
ternyata ditolaknya juga. Hal ini
menjadi bukti bahawa al-Ibanah
yang asli ditulis oleh al-Imam Abu
al-Hassan al-Asy`ari tidak sama
dengan kitab al-Ibanah yang kini
diikuti oleh golongan Wahhabi.
Kitab al-Ibanah yang asli
sebenarnya mengikut metodologi
Ibn Kullab.
Perlu diketahui pula, bahawa
sebelum fasa al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari, kelompok
Hanabilah yang cenderung kepada
penelitian fakta itu telah menolak
metodologi yang ditawarkan oleh
Ibn Kullab, al-Bukhari, Muslim, Abu
Thaur, al-Tabari dan lain-lain
berkaitan dengan MASALAH
BACAAN SESEORANG TERHADAP AL-
QURAN APAKAH TERMASUK
MAKHLUK ATAU BUKAN.
Sekarang, apabila kitab al-Ibanah
yang asli sesuai dengan
metodologi Ibn Kullab, lalu
bagaimana dengan kitab al-
Ibanah
yang tersebar dewasa ini yang
menjadi dasar kaum Wahhabi
untuk mendakwa bahawa al-
Asy`ari telah membuang
mazhabnya?
Berdasarkan kajian yang
mendalam, para pakar telah
membuat kesimpulan bahawa
kitab al-Ibanah yang dinisbahkan
kepada al-Imam Abu al-Hassan al-
Asy`ari tersebut telah tersebar
dewasa ini penuh dengan tahrif/
distoris,pengurangan dan
penambahan. Terutama kitab al-
Ibanah yang diterbitkan di Saudi
Arabia dan ditahqiqkan oleh
ulama
Wahhabi.
Previous
Next Post »